Usahawan Kg.Inobong -10 (Muhammad Rusydi bin Rahmat /2016)

10 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

TastyOtakOtakSabah yang diusahakan oleh adik Muhammad Rusydi(14) yang juga adalah pengusaha remaja yang paling muda setakat ini. Anak muda yang Berasal dari Beaufort dan Johor ini telah memulakan perniagaan otak-otak pada November 2016 dengan ada dorongan dan tunjuk ajar daripada abang beliau.

Idea dan modal adalah semua daripada abang beliau yang kini berkerja sepenuh masa sebagai peguam di Mahkamah Syariah MUIS. Dimaklumkan otak-otak tersebut diolah sendiri oleh abang dan adik Rusydi dengan ilham yang mereka perolehi dari Kempas Johor. Dengan menggunakan ikan tenggiri, adik Rusydi dan abang akan pergi ke pasar KK seawal 4 pagi untuk mencari ikan tenggiri.

Adik Rusydi ini akan mula berniaga di tapak cybercity pada sebelah malam dan setakat ini adik Rusydi masih menumpang di tapak gerai orang lain secara percuma. Adik Rusydi ini tidak seperti remaja zaman sekarang, beliau sangat pandai berniaga dan tidak malu untuk mempromosikan otak-otak beliau.

Dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM1, adik Rusydi telah Berjaya menjualkan otak-otak beliau sebanyak 1000 batang setakat ini. Otak-otak mereka mendapat Respon dan sambutan yang baik.

Bagi meluaskan lagi empayar mereka, kini mereka memberi peluang perniagaan otak-otak kepada orang luar dengan pakej-pakej yang berpatutan harganya.

TastyOtakotakSabah kini ada dalam laman Facebook iaitu https://www.facebook.com/TastyOtakOtakSabah/?fref=ts. Sebarang tempahan boleh hubungi adik Rusydi di talian 012-820 3615