Usahawan Kg.Inobong -9 (Emelron Jan Tahing /2016)

10 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

PenangCharkueyteowCybercity, Encik Emelron memulakan perniagaan kecil char kuey teow pada bulan Ogos 2016. Seorang pekerja Malaysia Airlines ini telah bersepakat dengan dua lagi rakannya untuk mengisi masa lapang mereka pada sebalah malam untuk membuka gerai char keuy teow di CyberCity Kepayan.

Dengan permulaan modal sebanyak RM 3000, gerai char keuy teow ini beroperasi Setiap hari dari jam 4 petang sehingga 11 malam.

Mereka mendapat ilham ini daripada kawan mereka di Labuan yang juga berniaga char keuy teow. Segala tunjuk ajar adalah daripada kawan mereka.

Setakat ini menu mereka ada 4 jenis iaitu, Char keuy teow biasa, char keuy teow campur telur extra, char keuy teow campur udang extra dan char keuy teow campur telur & udang extra. Harga daripada RM6 sehingga RM9.

Mereka mempromosikan perniagaan mereka ini Melalui laman Facebook iaitu https://www.facebook.com/pg/charkueyteowKK

Pencapaian mereka dalam beberapa bulan ini adalah sangat memuaskan dan mendapat sambutan yang menakjubkan.

Perancangan masa hadapan mereka adalah agar dapat masuk berniaga di Food Court yang berdekatan.