Usahawan Kg.Inobong -4 (Lyena Koroh / 2016)

11 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

        Puan Lyena Koroh merupakan seorang Guru di Kaio Acedemy.Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata.Beliau memulakan perniagaan sampingan menjual Minuman "Bubble Buns Milkshake" pada June 2016.Memandangkan Minuman Bubble tea/Grean Tea/Chocolate tea dan sebagainya  merupakan satu minuman trendy pada masa kini,beliau telah teredetik untuk mencuba menjalankan perniagaan ini di kampung beliau sendiri iaitu di Kampung Inobong.Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran hingga ke depan pintu rumah bagi pelanggan yang menempah lebih daripada 5 minuman.Dengan harga yang berpatutan,beliau dapat menjual 30 hingga ke 50 jenis minuman setiap hari.Menurut beliau rata-rasa pelanggan yeng membeli minuman dengan beliau adalah daripada golongan anak muda.

        Jika sebelum ini beliau hanya dapat menarik pelanggan daripada golongan anak muda,kini selepas mengikuti kelas-kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg.Inobong,Hari demi hari pelanggan beliau semakin meningkat dan sudah ada dari golongan dewasa,suri rumah dan juga yang sudah bekerja. Kelas yang beliau ikuti di Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Inobong adalah cara-cara mempromosikan product atau jualan beliau menggunakan flyers/brochure.Menurut beliau diharapkan perniagaan  minuman trendy "Bubble Buns Milkshake" akan semakin meningkat di masa hadapan.

          Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba minuman daripada Bubble Buns Milkshake boleh la hubungi Puan Lyena di talian : 014-2701671