Usahawan Kg.Inobong - 8 (Janet Tan Xue Jing/2016)

13 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

                Cik Janet Tan Xue Jing,berumur 22 tahun merupakan salah satu Usahawan muda Kampung Inobong.Nama perniagaan Cik Janet Tan Xue Jing adalah "Jacqueen Online Shop".Mula berniaga pada tahun ini iaitu ogos 2016.Cik Jane Tan Xue Jing merupakan salah satu Guru Taska yang bertempat di Lintas.Apabila ditanya mengenai dari mana datang minatnya berniaga,Cik Janet Tan Xue Jing mengatakan bahawa pada mulanya dia hanyalah seorang pembeli online atau atas talian sahaja.Dan inin bermula apabila dia tertarik dengan salah satu Casing HP yang dipromosikan di salah satu kedai online menerusi Facebook,dan penjual casing online tersebut telah menawarkan Cik Janet Tan Xue Jing untuk menjadi salah satu agent mereka di Sabah.Dan bermulalah hari Cik Janet Tan dengan menaik turun segala gambar-gambar casing Hp dan juga baju-baju preorder di laman sosial,seperti facebook,instagram,wechat dan sebagainya.Dari seorang penjual casing Hp,kini Cik Janet Tan mule berjinak-jinak menjual barang terpakai yang berkonsepkan bundle.Menurut Cik Janet Tan,tiada modal dikeluarkan bagi menjalankan perniagaan ini.Apabila ditanya lagi apa yang menyebabkan dia untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan di usia muda,katanya dia mahu menyesuaikan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan ini,kerana dia sudah melalui kehidupan yang susah, yang mana telah memberi Cik janet pengajaran dan juga semangat untuk memulakan perniagaan.Selain itu,menurut Cik Janet Tan,dia merupakan seorang yang tidak reti duduk diam atau kata lain dia seorang yang kuat bekerja.Dia juga bercadang untuk membuka kedai di masa hadapan jika berpeluang,kerana cita-cita Cik Janet Tan adalah menjadi seorang peniaga wanita yang berjaya.Dengan slogan "bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian" dia berharap impian dia ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

          Berkenaan dengan mempromosikan produk pula,Cik Janet Tau Xue Jing akui bahawa Pusat Internet 1 Malaysia(Pi1m) Kg. Inobong banyak membantu dia dari segi ilmu dan pengetahuandalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ini.

             Kepada sesiapa yang ingin membeli barangan daripada Cik Janet Tan boleh la berhubung dengan adik Janet di talian : 016-8060865