Usahawan Kg.Inobong - 5 (Liyana Bte Elias/2016)

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

                  Adik Liyana binti Elias berumur 19 tahun ,juga merupakan diantara salah satu usahawan muda di Kampung Inobong.Mula menjalankan perniagaan menjual tudung/ shawl sejak june 2015 yang mana ketika itu adik Elias baru berumur 18 tahun. Jika orang lain yang berumur 18 tahun sibuk dengan dunia masing-masing yang masih ingin bersosial atau meluangkan lebih banyak masa bersama rakan-rakan,tetapi tidak kepada Adik Liyana binti Elias.Seawal usia 18 tahun adik Liyana Binti Elias sudah memulakan perniagaan sendiri dengan bermodalkan RM300 sahaja.Bagi Adik Liyana Binti Elias membuang masa dengan rakan-rakan lain tidak memberikan faedah kepada dirinya.Menurut adik Liyanah Binti Elias datangya minat berniaga tudung atau shawl terkini ini disebabkan,pada mulanya Adik Liayana Binti Elias,minat membeli dan mengumpul koleksi tudung untuk digunakan sendiri katanya.Kemudian daripada minat itu lah timbulnya idea untuk menjual tudung atau shawl terkini,tambahan pula harga tudung yang dijual di daerah sendiri agaklah mahal jika dibandingkan dengan daripada harga pemborong.Dengan bermodalkan rm300 itu,Adik Liyanah Elias telah membeli stok tudung dan shawl, dan amat menakjubkan kerana stok tudung adik Liyana habis dalam tempoh 3 hari sahaja.Sehingga kini Adik Liyanah Elias masih aktif menjalankan perniagaaan tudungnya dengan mengikuti bazaar-bazaar yang diadakan di pekan mahupun kawasan Kota Kinabalu. 

          Kepada sesiapa yang berminat membeli tudung atau shawl yang mengikut trend terkini boleh la hubungi terus usahawan muda Kampung Inobong iaitu adik Liyana Elias di talian : 010-9435742