Usahawan Kg.Inobong - 6 (Norzubaidah bte Sudi/2016)

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Norzubaidah Binti Sudi (28) adalah peniaga kuih-muih di CyberCity. Menu yang paling digemari oleh orang ramai adalah Pisang Cheese. Pada mulanya cik Zubaidah sebenarnya bukan fokus kepada pisang cheese, bermula 23 Mac 2016 dengan menjual set sarapan bajet dan disebabkan oleh kekangan masa dan kurang mendapat sambutan yang baik maka cik zubaidah berhenti beroperasi buat seketika.

Idea Pisang Cheese ini adalah daripada hasil suka melawat Instagram rakan-rakannya dan semuanya berkongsi gambar pisang cheese. Daripada gambar tersebut, cik Zubaidah terdetik idea untuk berniaga Pisang Cheese di kawasan Cybercity.

Selepas seminggu berhenti beroperasi, cik Zubaidah telah membuat keputusan untuk membukanya semula pada sebelah petang untuk menjual Pisang cheese dan kuih muih untuk minum petang.

Hari demi hari pisang cheese yang cik Zubaidah jual mendapat sambutan yang agak memuaskan dan sangat baik. Menu cik Zubaidah pada mulanya hanya tertumpu kepada Asli dan Coklat, kini bertambah dalam perisa oreo, butterscotch dan white choco.

Perancangan masa hadapan cik Zubaidah adalah menukar pembungkusan yang kini menggunakan polisterin kepada kotak yang berlabel logo beliau. Pada masa terderkat ini, cik zubaidah belum dapat mereka nama gerai, logo dan banner yang perlu dikomersialkan.

Harga yang sangat berpatutan dari RM3.00 sehingga RM4.00, bertempat di antara Bro’s Coffee dan burger Sayang CyberCity. Waktu operasi adalah dari jam 1.00 petang sehingga 6.00 petang.