Usahawan Kg.Inobong - 7 (Willaria Maris Yong/2016)

18 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

             

 

               Puan Wilaria Claret Maris berusia 27 tahun.Menetap di Kampung Inobong sejak lahir.Sudah mendirikan rumahtangga dengan dan mempunyai dua orang cahaya mata.Puan Wilaria Maris juga merupakan salah satu usahawan muda  wanita di Kampung Inobong Beliau mula menjalankan perniagaan jurusolek/ servis mekap sejak tahun 2010 lagi.Yang mana pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 21 tahun.Di usia yang muda Puan Wilaria Claret sudah mempunyai perniagaan sendiri.Menurut beliau walaupun sudah mempunyai dua orang zuriat,tetapi itu bukanlah penghalang beliau untuk menerukan impian beliau untuk menjadi seorang jurusolek yang berjaya.

              Apabila ditanya darimana datangnya minat untuk berniaga di dunia mekap ataupun solekan,menurut beliau semuanya bermula apabila beliau sangat suka akan melihat wajah wanita yang bersolek.Dari  wajah yang natural kepada wajah  menawan sehingga dapat menarik mata-mata atau perhatian orang. Katanya beliau juga suka melihat akan perubahan wajah seseorang wanita itu dari wajah biasa ke luar biasa.Tambahnya lagi kebanyakan wanita amat kurang akan keyakinan diri,dan mengubah wajah seseorang itu dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan mekap atau solekan sangan membantu katanya.Dan dari sana timbulnya minat beliau untuk mendalami dunia mekap ataupun dunia jurusolek.Puan wilaria Claret telah mengambil jurusan mekap semasa memasuki kolej.

            Mengenai maklum balas pelanggan pula,katanya hampir semua pelanggan amat berpuas hati dengan hasil sentuhan beliau,ini kerana beliau amat menitikberatkan keinginan atau kepuasan hati pelanggan beliau. Pujian demi pujian yang beliau terima, membuatkan beliau sangat bersyukur dan bersemangat untuk memajukan lagi perniagaan "Yongmakeover".

         Kepada sesiapa yang inginkan sentuhan solekan atau mekap yang professional,bolehlah hubungi pengasas "Yong Makeover" di talian 016-8080834.Atau anda boleh mengikuti instagram beliau iaitu "Yongmakeover".