Exchange gift (december 2016)

21 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

 

TAJUK PROGRAM                    : Exchange Gift

TARIKH & WAKTU PROGRAM   : 21.12.2016 (rabu)

TEMPAT                                   : PI1M Kg.Inobong

 

               Sempena musim krismas yang akan menjelang tidak lama lagi.Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg.Inobong telah mengadakan aktivti bersama ahli iaitu “Exchange gift / tukar-tukar hadiah”. Aktivti ini bermula pada jam 1 tengahari.Seramai 20 orang yang tediri daripada dewasa dan kanak-kanak datang bagi menyertaik aktiviti terakhir bagi tahun 2016 ini.Aktivti ini dibahagikan kepada dua kategori.Kategori dewasa dan kanak-kanak.

            Bagi kategori kanak-kanak,ahli diminta untuk membuat bulatan dan bermain satu permainan iaitu permainan muzik.Muzik akan dipasangkan dan ahli diminta untuk memberi hadiah kepada kawan sebelah. Dan jika muzik berhenti orang yang sedang memegang hadiah tersebut,maka dialah yang akan mendapat hadiah tersebut.Dan begitulah juga kepada orang yang seterusnya.Bagi kategori dewasa pula,ahli diminta untuk mencabut nombor untuk hadiah masing-masing.