Mengenai PI1M

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1m) (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama NuSuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.


Objektif Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) ini adalah menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakan sebagai satu Pusat Komuniti Berpengetahuan ( Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar. Seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan serta aktiviti yang dijalankan di Pi1m.

Maklumat Komuniti Kg.Inobong

Tamu dan Gereja Inobong menjadi sejarah kepada Inobong sendiri. Seawal 1913 Gereja Sacred Heart telah wujud. Terdapat sungai yang menjadi jalan alternative bagi penduduk di kawasan Inobong untuk berniaga, bergaul dan sebagainya. Terdapat banyak kampung dalam Inobong dan antaranya adalah Putaton, Tomposik 1, Tomposik 2, Pagansakan, Kolopis, Kg.Tulung, Pogunon, Kg.Terian dan Kimoligan.

 Pada zaman dahulu kala, Kg.Inobong menjadi tempat persinggahan penduduk dari semua darerah dan di antara yang terdekat seperti Tambunan, Babagon dan juga Putatan. Jalan air menjadi jalan utama mereka untuk datang ke Tamu Inobong. Di sana mereka menggunakan konsep bertukar barang atau lebih dikenali sebagai sistem barter.

Sehingga kini, Tamu Inobong itu sendiri masih beroperasi pada setiap hari Sabtu. Manakala jambatan gantung masih digunakan oleh komuniti sebagai jalan alternatif mereka untuk ke seberang kampung. Pelajar Sekolah seperti SK Putaton dan St. Theresa masih lagi menggunakan jambatan gantung untuk memendekkan lagi jalan mereka.

Pada tahun 2012, Jambatan Pagansakan telah dibina sepanjang 84 meter yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan dan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia menyediakan akses ke seberang sungai dan adalah rahmat sebenar kepada komuniti sekitar kampung tersebut.

Pada 20 November 2013, Pi1M Kg.Inobong telah mula beroperasi sepenuhnya di Kg.Tomposik 2. Ketua Kampung bahagian Kg.Inobong adalah Encik Samuel Gisain.

Maklumat Pi1M & Komuniti Kg.Inobong


Lokasi

Kg.Inobong

UST Area

Penampang

Daerah

Penampang

Negeri

Sabah

Populasi

640

Aktiviti Ekonomi Utama

Pelancongan, Perniagaan Kecil-kecilan, Pertanian (sayur dan buah-buahan), Rekreasi

Jumlah Keahlian (setakat 

30 November 2016)

617

Lat/Long PI1M

5.906160/ 116.133265

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

 

Tarikh Bermula Beroperasi

20 November 2013

Maklumat Pengurusan Pi1M

Pengurus

Nama: Natasha Binti Abd Latip

Email: Natasha@celcom1cbc.com

No.Telefon: 013 899 1493

 

Penolong Pengurus

Nama: Diandra Sandra Dionysius Mingkong

Email: diandra@celcom1cbc.com

No.Telefon: 016 811 2869

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-inobong

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg.Kolopis: (Pole 12 Meter) - Church

2.     Kg.Pagansakan (Pole 12 Meter) – Tamu Ground

3.     Kg.Tulung (Pole 12 Meter) – Rumah Gerald Jalit (JKKK)

4.     Kg.Inobong : Zone 2 (Pole 12 Meter) – Mee sup pipin Tomposik 1

5.     Kg.Inobong : Zone 3 (Pole 12 Meter) – Kolopis Agut Jubili Lighthouse

6.     Kg.Inobong : Zone 4 (Pole 12 Meter) – Kivatu Anthony Jubili

7.     Kg.Tulung : Zone 2 (Pole 12 Meter) – Rumah John Lojingon

8.     Pi1M Kg.Inobong (Pole 20 Meter CBC Tower)

9.     Tower Inobong (Telco Tower)