Ekonomi dan Keusahawanan

Keusahawan yang terdapat dalam komuniti sekitar kampung Inobong ini adalah perniagaan runcit, perniagaan gerai makanan, usaha kebun dan dusun sendiri dan perniagaan kraf tangan kecil-kecilan.
 i. Perniagaan Runcit
sangat meluas di sekitar kg.inobong. Antaranya Salman Khan Mini Market yang terletak di Kiranau Putaton, BB trading di Kg.Putaton. Tidak menjadi masalah untuk komuniti mendapatkan sumber barangan keperluan harian mereka. Mereka ini juga membantu komuniti untuk menumpangkan jualan mereka  seperti sayur, dan bahan mentah yang lain. Kedai runcit yang paling ramai dikunjungi oleh komuniti adalah Kg.Tomposik dan Kg.Tulung.

ii. Perniagaan Gerai Makanan
Yang terkenal dan telah lama beroperasi adalah Gerai Mee Sup Pipin (untuk bukan islam sahaja) yang terletak di Kg.tomposik. Menjadi kunjungan orang ramai tidak kira di mana jua daerah. Dan mereka ini adalah di kalangan kaum Dusun serta makanan tersebut adalah makanan tempatan mereka. Selain itu, di sekitar mee sup pipin ada juga restoran bernama Ina's riverside Kitchen. Restoran ini baru sahaja beroperasi pada tahun 2015. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa penjaja makanan sarapan pagi dan petang yang berjualan di depan kedai runcit atau pun tepi jalanan.
Mr.son Baker juga adalah antara peniaga gerai makananan tetapi mereka menjual roti beraneka jenis. Mereka juga menerima tempahan kek hari jadi dan sebagainya. Gerai mereka adalah bertempat di kawasan perumahan mereka. Harga serendah RM1 setiap jenis roti juga menjadi tempat persinggahan komuniti inobong untuk menikmati roti-roti yang enak mereka itu. (FB link= https://www.facebook.com/mrson.baker?fref=ts)

iii. Usaha Kebun dan Dusun Buah- buahan

Golongan petani di sekitar Kg.Inobong kebanyakan mereka ini menanam sayur di sekitar Kg.Putaton Bansadon. Mereka menjual hasil tanaman mereka di Mini market terdekat.

iii. Perniagaan Kraf tangan

Perniagaan kraf tangan ini kebanyakannya dihasilkan oleh golongan warga emas. Sebagai contoh Puan Winnie Siap. Beliau berumur 70 tahun, mula berkecimpung dalam menghasilkan gelang manik dan rosary sejak beliau berumur 60 tahun. Hasil buatan manik beliau ini dijual di Tamu Donggongon. Selain daripada warga emas, terdapat juga golongan wanita muda berkecimpung dalam bidang kraf tangan ini tetapi mereka ini adalah golongan yang sedang bekerja dan menjadikan aktiviti masa lapang mereka.






© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.