Kemudahan Awam

Kemudahan yang diperoleh di sekitar Kg.Inobong adalah seperti Jambatan menghubungkan jalan yang sebelum ini menggunakan jambatan gantung. Pada tahun 2012, Jambatan Pagansakan telah dibina sepanjang 84 meter yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan dan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia menyediakan akses ke seberang sungai dan adalah rahmat sebenar kepada komuniti sekitar kampung tersebut. Dengan adanya jambatan ini, kenderaan seperti kenderaan berat tidak lagi mengalami kesukaran untuk kerja-kerja baik pulih.


Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan Gereja Sacred Heart Inobong. Gereja yang paling tua dan dibina pada bermulanya pada tahun 1894. Kaum Dusun di Kg.Inobong majoritinya penganut agama Kristian. Gereja ini boleh memuatkan seramai 1600 orang. Sehingga kini, Gereja tersebut masih digunakan oleh penganut agama Kristian.


Kg.Inobong dahulunya terkenal dengan "Tamu" atau Pasar. Pada zaman dahulu kala, Kg.Inobong menjadi tempat persinggahan penduduk dari semua darerah dan di antara yang terdekat seperti Tambunan, Babagon dan juga Putatan. Jalan air menjadi jalan utama mereka untuk datang ke Tamu Inobong. Di sana mereka menggunakan konsep bertukar barang atau lebih dikenali sebagai sistem barter. Sehingga kini, Tamu Inobong itu sendiri masih beroperasi pada setiap hari Sabtu dari pagi hingga ke tengah hari.





  

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.