Maklumat Tempatan

Tamu dan Gereja Inobong menjadi sejarah kepada Inobong sendiri. Seawal 1913 Gereja Sacred Heart telah wujud. Terdapat sungai yang menjadi jalan alternative bagi penduduk di kawasan Inobong untuk berniaga, bergaul dan sebagainya. Terdapat banyak kampung dalam Inobong dan antaranya adalah Putaton, Tomposik 1, Tomposik 2, Pagansakan, Kolopis, Kg.Tulung, Pogunon, Kg.Terian dan Kimoligan.

 

 Pada zaman dahulu kala, Kg.Inobong menjadi tempat persinggahan penduduk dari semua darerah dan di antara yang terdekat seperti Tambunan, Babagon dan juga Putatan. Jalan air menjadi jalan utama mereka untuk datang ke Tamu Inobong. Di sana mereka menggunakan konsep bertukar barang atau lebih dikenali sebagai sistem barter.

 

Sehingga kini, Tamu Inobong itu sendiri masih beroperasi pada setiap hari Sabtu. Manakala jambatan gantung masih digunakan oleh komuniti sebagai jalan alternatif mereka untuk ke seberang kampung. Pelajar Sekolah seperti SK Putaton dan St. Theresa masih lagi menggunakan jambatan gantung untuk memendekkan lagi jalan mereka.

 

Pada tahun 2012, Jambatan Pagansakan telah dibina sepanjang 84 meter yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan dan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia menyediakan akses ke seberang sungai dan adalah rahmat sebenar kepada komuniti sekitar kampung tersebut.

 

Pada 20 November 2013, Pi1M Kg.Inobong telah mula beroperasi sepenuhnya di Kg.Tomposik 2. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.