Pelancongan & Rekreasi

i)              Sinurambi Bed & Breakfast

 

Sinurambi ini adalah rumah peribadi tuan rumah kepada Terry dan Rose. 53 minit perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sinurambi, 30 minit dari Inobong iaitu terletak di KM 5, Jalan Inobong Terian, Penampang. Rumah tersebut terletak di paras ketinggian 1400 kaki dan merupakan sempadan kepada Taman Bajanjaran Crocker. Ia mempunyai pemandangan yang indah seperti hutan-hutan terpelihara, bukit-bukit, Gunung Kinabalu, bandar KK dan Pulau serta Laut China Selatan. Semua kemudahan adalah untuk pelancong yang menetap di rumah mereka ini.

Mula beroperasi pada tahun 2013 dan telah mendapat sambutan baik daripada pelancong-pelancong asing. Terdapat 5 buah bilik yang menarik di sekitar Sinurambi antaranya adalah The Otter House, The Honeymoon Cottage, The Mt.Kinabalu Room, Frangipani 1 dan Frangipani 2.Kolam renang, bilik TV, Spa, Table Tennis dan banyak lagi kemudahan.

https://www.facebook.com/BorneoluxuryBedBreakfast

                        Terry

                        0 1118050103

                        PO Box 11185

88812 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysian Borneo

 

  

 

 

ii)            Pogun Bakau River Lodge & Recreation

 

Pogun Bakau River Lodge & Recreation yang terletak di Kg.Pogunon Inobong. Terletak di tepi sungai Moyog dan pelancong perlu menggunakan jambatan gantung untuk sampai ke destinasi. Mula beroperasi pada tahun 2012.

 Menjadi tumpuan orang ramai kerana tedapat banyak kemudahan seperti berkhemah beramai-ramai, karaoke, rumah panjang, kolam renang, tapak BBQ, dan banyak lagi.

Selain itu, tempat ini juga sangat cantik landskapnya kerana dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan kedengaran air mengalir dekat sungai. Dengan harga yang berpatutan, tempat ini banyak dikunjungi untuk tujuan aktiviti santai dan aktiviti ‘Reunion’ bersama kawan-kawan lama mereka.


https://www.facebook.com/PogunBakau-River-Lodge-Recreation-381251805234692/?fref=ts



 

0168277522

P.O.BOX 672,
KG. POGUNON,
89507 PENAMPANG,
SABAH.


iii)              Crocker Range Park Substation (Inobong Terian Road Sub Station)

Dulu dikenali sebagai Banjaran Crocker , Kini Taman Negara Banjaran Crocker telah ditubuhkan pada tahun 1984, kawasan ini pernah berada di bawah perlindungan sebagai rizab hutan. Ia meliputi utara-selatan Banjaran Crocker, yang berketinggian 1200-1800 meter di Sabah, timur Malaysia di pulau Borneo, yang memisahkan dataran pantai barat dengan seluruh negeri.

Taman ini meliputi 1399 km², menjadikannya taman terbesar di Sabah. Taman ini terdiri daripada bukit dan hutan gunung, dengan pelbagai spesis flora dan fauna Borneo. Penyelenggaraan litupan hutan ini adalah penting bagi memastikan bekalan air tulen untuk bandar-bandar dan komuniti di Sabah.

Sub Station di Inobong, Jalan Terian ini bermula beroperasi treknya pada tahun 2003. Tidak jauh dari Donggongon dalam 20 minit. Trail ke air terjun dan  Pondok Nampasan yang tingginya 1500 kaki di mana pelancong dapat melihat pemandangan dari atas.


Sabah Park

088- 523 500

Lot 45 & 46, Level 1-5, Blok H, Signature Office
KK Times Square, Coastal Highway,
88100 Kota Kinabalu


iv)             Bethel Garden Sabah


28 minit dari Bandar Kota Kinabalu. Tempat untuk bersantai dan menimba ilmu di Bethel Garden Sabah. Tempat ini mendapat tarikan pengunjung golongan kanak-kanak dan remaja kerana di sini mereka dapat belajar bagaimana cendawan dihasilkan. Mereka juga diberi peluang untuk menanam cendawan sendiri. Yuran masuk bagi yang berumur 13 tahun ke atas ialah RM15 percuma DIY kit manakala 5-12 tahun RM10 juga percuma DIY kit. Perkhidmatan lain yang mereka bekalkan adalah seperti tapak perkhemahan, "human football" , BBQ dan banyak lagi. Mereka ini menggunakan konsep Mesra Alam.


012-7580043

Kg. Pogunon, Donggongon,

 Jalan Tambunan, Sabah Kota Kinabalu, Malaysia

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.