Pendidikan

Pendidikan di sekitar Kg Inobong adalah sekolah rendah, taska elishua, taska Cute Kiddies, Tadika Kemas, Sayfol learn English Center dan Pusat Anak Permata Negara serta akan datang Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Penampang. 
Sekolah rendah yang dimaksudkan adalah SK.ST Theresa dan SK Putaton. 

Sekolah Kebangsaan St. Theresa Inobong atau nama ringkasnya SK St Theresa Inobong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 739.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan St. Theresa Inobong memiliki 130 pelajar lelaki dan 86 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 216 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.


Sekolah Kebangsaan Putaton Inobong atau nama ringkasnya SK Putaton Inobong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 451.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Putaton Inobong memiliki 56 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 112 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.

Sekolah Kebangsaan Putaton sebelumnya dikenali sebagai Native Valuntary English School (NVES) mula ditubuhkan pada tahun 1964. Sekolah ini telah didirikan di atas tanah bergeran (N.T 215310062) seluas 1.89 ekar, yang dimiliki oleh Encik Gomuru Bin Guntawoi di atas persetujuan ibunya iaitu Puan Maya Bte Gombiau@Philimena. Sekolah ini telah diwujudkan atas dasar untuk memenuhi tuntutan keperluan pendidikan di kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya telah sudah lanjut umur (melebihi umur) pada ketika itu bagi memulakan pelajaran biasa yang terhalang atas sebab masalah ekonomi dan halangan sistem perhubungan ketika itu.

Sayfol Learn English Center
Projek memberi pembelajaran Bahasa Inggeris Percuma kepada komuniti sekitar Kg.Inobong. Projek ini adalah  projek komuniti Sayfol International School Sabah sejak tahun 2011 lagi. 




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.