Kisah kejayaan Sucai Entreprise SS01_Q4_2021

21 December 2021 | Kisah Kejayaan

Encik Firdaus Jimblan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Kabidang dari tahun 2016. Sepanjang beliau menjadi ahli, Encik Firdaus aktif dalam menggunakan perkidmatan PEDi kg kabidang. Antara perkhidmatan yang digunakan termasuklah perkidmatan mencetak, penggunaan komputer dan latihan komputer.

Encik Firdaus memulakan Sucai Entreprise pada awal tahun 2021 dalam bidang perkidmatan penghawa dingin dan perdawaian. Antara perkidmatan yang disediakan adalah penyelengaraan, pemeriksaan dan pemasangan penghawa dingin, serta pendawaian rumah. Perkidmatan syarikat Encik Firdaus pada awalnya hanya tertumpu di kasawan daerah Beaufort sahaja berikutan sekatan rentas daerah.

 Dengan bantuan PEDi Kg kabidang, Encik Firdaus membuat surat permohonan yang membolehkan beliau merentas daerah untuk memberikan perkhidmatan penyelenggaraan di daerah terdekat. Permohonan tersebut mendapat kelulusan dan membolehkan beliau mendapatkan lebih ramai pelanggan. Kini, syarikat beliau, Sucai Entreprise  bukan sahaja menyediakan perkhidmatan di daerah Beaufort, malahan di daerah terdekat termasuklah membakut, sipitang dan kuala penyu.