Celik IT Q4 2021: Syifae Amirah Mamat Ladi

28 December 2021 | Kisah Kejayaan

Cik syifae Amirah merupakan ahli aktif  pusat ekonomi digital (PEDi) keluarga Malaysia Kg kabidang sejak dari mac 2020.  Setelah menjadi ahli, beliau sering kali mendapatkan latihan komputer melalui atas talian mahupun secara fizikal di PEDi Kg Kabidang. Kerjaya beliau sebagai seorang setiausaha organisasi dan guru sekolah menjadi faktor Cik Syifae untuk mendapatkan lebih banyak kemahiran dalam bidang komputer terutamanya bidang Microsoft word, Microsoft excel dan microsoft powerpoint. Dengan bantuan bimbingan PEDi, cik syifae Berjaya menguasai kemahiran yang berkaitan untuk beliau menjalankan tugas sepanjang pandemik ini.