Kisah Kejayaan Hasmah Rani_SS02_Q2 2022_PEDi Kg Kabidang

28 June 2022 | Kisah Kejayaan

Berawal dari belajar secara online dan hanya suka-suka, kini menjadi perniagaan utama beliau. Hasmah Rani memulakan langkah semenjak PKP lagi, kerana ketika itu perniagaan secara online adalah sangat mendapat sambutan. Beliau yang rajin menimba ilmu di alam maya menjadikan produknya semakin hari semakin kreatif dan beliau sentiasa memenuhi permintaan pelanggan. Sehingga kini, beliau masih menerima tempahan hampir setiap hari daripada pelanggan lama dan juga baharu.