Celik IT Q2 2022: Evva Natasyah Jimblan

29 June 2022 | Kisah Kejayaan

Adik Evva natasyah jimblan merupakan ahli PEDi Kg Kabidang sejak 2016. Sejak menjadi ahli, adik Evva aktif mengikuti aktiviti PEDi di waktu lapang. Beliau merupakan pelajar cemerlang SPM 2022 dengan keputusan 6A2B. Adik Evva seringkali berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkidmatan komputer yang ditawarkan di PEDi Kg Kabidang. Antara sebab adik Evva menggunakan komputer adalah untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah. Selain itu, adik Evva juga menggunakan perkhidmatan PEDi untuk mencetak nota ulang kaji bagi mata pelajaran yang dipelajarinya. Pihak PEDi amat berbangga dengan pencapaian adik Evva yang cemerlang dan sedia membantu adik Evva dalam proses permohonan melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.