Pelancongan & Rekreasi

Tempat menarik disekitar Kg Kabidang yang pasti membuat anda kagum dan terpesona.

    1. Klias Wetland
      • Merupakan satu tarikan eko-pelancongan yang terletak di bahagian timur Beaufort. Klias Wetland merupakan sebuah hutan paya bakau yang menempatkan beberapa jenis binatang borneo yang terkenal seperti monyet proboscis dan juga orang utan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menghayati keindahan alam semula jadi serta keindahan lampu si kelip-kelip pada waktu malam
    2. Weston Wetland
      •  Pengunjung berpeluang untuk mencuba aktiviti river safari untuk melihat binatang-binatang yang terkenal di kepulauan Borneo seperti monyet belanda, kelip-kelip, long tail macaques dan juga tumbuh-tumbuhan liar di sepanjang sungai
    3. Starcevich Memorial
      • Satu tugu peringatan yang di buat bagi mengenang jasa prebet Thomas Stacevich yang berasal dari Australia terhadap Beaufort ketika perang dunia kedua
    4. Garama Wetland 
      • Salah satu habitat untuk binatang-binatang yang jarang dijumpai di tempat lain. Menaiki cruise di Sungai Garama pasti satu cara terbaik untuk menikmati keindahann alam semulajadi di sini.
    5. Sungai Padas
      • Destinasi bagi yang sukakan sukan air yang mencabar. Sungai Padas sangat terkenal sebagai satu lokasi White Water Rafting dan ianya pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupa jika berkunjung bersama keluarga dan rakan-rakan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.