Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain

Pusat Internet adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet (PI) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet juga dilaksanakan sebagai satu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

  • Kelas Komputer dan ICT (percuma untuk ahli)
  • Kelas Keusahawanan (Percuma untuk ahli)
  • Smart Learning 
  • Mencetak, Fotokopi, Mengimbas dan Laminate
  • Penggunaan Komputer
  • Penggunaan WIFI secara Percuma


Hadapi Masalah? Rujuk Panduan