Berita Terkini

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Pra U SMK Madai

21 June 2017 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Kunak dengan kerjasama pihak SMK Madai, Kunak telah bersama-sama menjayakan program “Klik Dengan Bijak” kepada 50 orang pelajar Pra-U SMK Madai yang bertempat di Bilik Gerakan SMK Madai. Program ini telah diadakan pada hari Rabu, 21 Jun 2017, dari pukul... read more

Bengkel Kerjaya Pelajar Pra-U SMK Madai bersama PI1M Daerah Kunak

21 June 2017 | Berita Terkini

PI1M Daerah Kunak telah bekerjasama dengan pihak pentadbir SMK Madai, Kunak dengan mengadakan Bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume dan Taklimat Ringkas menghadiri temuduga kepada 50 orang pelajar Pra-U pada 21hb Jun 2017. Program ini merupakan bengkel ringkas yang diadakan khas kepada pelajar lepasan SPM yang juga merupakan pelajar yang telah berjaya menduduki tempat di Pra-U SMK Kunak Jaya bagi tahun 2017. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi permohonan jawatan SPA secara atas talian. Disamping itu, pelajar juga mempelajari tips penulisan resume yang berkesan... read more

Usahawan PI1M | Pn. Faridah (Langgananan Katering)

29 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                               USAHAWAN PI1M KG. KADAZAN  Nama Penuh                          : Pn. Faridah (Langgananan Katering) Alamat                                    : Kg. Selamat, Kunak Email                                      :  - No. H/P                                   : 014-3752075 Nama Produk                        : Menyediakan Perkhidmatan Katering   1) Pn. Faridah merupakan penduduk Kg. Selamat, Kunak yang menjalankan perniagaan makanan bertempat di Kg.... read more

Bengkel SPA8i, Penulisan Resume & Tips Menghadiri Temuduga

09 May 2017 | Berita Terkini

PI1M Daerah Kunak telah bekerjasama dengan pihak pentadbir SMK Kunak Jaya dengan mengadakan Bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume dan Taklimat Ringkas menghadiri temuduga kepada 51 orang pelajar Pra-U Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya, Kunak pada 09hb Mei 2017. Program ini merupakan bengkel ringkas yang diadakan khas kepada pelajar lepasan SPM yang juga merupakan pelajar yang telah berjaya menduduki tempat di Pra-U SMK Kunak Jaya bagi tahun 2017. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi permohonan jawatan SPA secara atas talian. Disamping itu, pelajar juga... read more

Latihan Usahawan Siri 4/2017 PI1M Kg. Kadazan

10 May 2017 | Berita Terkini

          Seramai 12 orang peserta menyertai Sesi Kelas Usahawan siri 4 yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kadazan. Kursus ini diadakan selama sehari pada 10 Mei (Rabu) bertempat di PI1M Pekan Kunak sempena Pertandingan Miss ICT Unduk Ngadau Kunak bagi sambutan Pesta Kaamatan tahun 2017.             Latihan Usahawan yang diadakan secara ringkas ini memberikan input kepada peserta mengenai 5 modul utama; Idea Perniagaan, Medium Pemasaran Atas Talian, Blog, Instagram dan Poster. Melalui modul-modul ini, peserta yang hadir diberi pengenalan mengenai idea-idea perniagaan yang boleh dijalankan... read more

Pencarian Miss ICT Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Kunak 2017

10 May 2017 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Kunak telah mengambil inisiatif dari sudut yang berbeza untuk mempromosikan fungsi PI1M kepada penduduk Kunak dengan mengadakan program “Pencarian Miss ICT Unduk Ngadau” pada setiap tahun kepada peserta yang mengikuti pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak. Tahun 2017 merupakan tahun ke-5 PI1M Daerah Kunak bekerjasama dengan Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kunak untuk mengadakan slot pencarian ‘Miss ICT’ ini dengan tujuan mempromosikan fungsi Pusat Internet 1 Malaysia sebagai ‘1 stop-center’ yang mampu memberikan kemudahan dan servis yang pelbagai kepada penduduk... read more

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Unduk Ngadau Kaamatan Kunak 2017

10 May 2017 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Kunak dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak telah bersama-sama menjayakan program “Klik Dengan Bijak” kepada 20 orang peserta Unduk Ngadau 2017 termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan Kunak. Program ini telah diadakan pada hari... read more

Pameran PI1M Daerah Kunak sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak 2017

13 May 2017 | Berita Terkini

PI1M Daerah Kunak telah menyertai Sambutan Pesta Kaamatan yang telah diadakan pada 13 Mei 2017 bertempat di Dewan Sri Kunak. Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Urusetia Daerah Kunak bersama Persatuan Kadazan Dusun Cultural Association Cawangan Daerah Kunak. Sejajar dengan tema Kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Kaamatan Asas PErpaduan’ memberi gambaran bahawa KDCA dan perayaan Kaamatan yang dirayakan setiap tahun tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya dilihat serasi demi untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Kunak dan Sabah amnya. Sehubungan itu, penglibatan PI1M adalah bertujuan untuk mewujudkan... read more

Lawatan Tempat Menarik Daerah Kunak & Bengkel Masakan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Kunak 2017

24 April 2017 | Berita Terkini

Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak yang bakal diadakan pada 13 Mei 2017, AJK Pelaksana telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di Daerah Kunak bersama peserta Unduk Ngadau Kunak 2017. PI1M yang juga merupakan AJK Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak telah diberikan kepercayaan untuk menggerakkan page Unduk Ngadau 2017 yang menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai aktiviti dan pengisian peserta UN 2017 disamping mencari calon Miss Favourite yang bakal dinobatkan pada sambutan kemuncak Pesta Kaamatan. Dengan itu, pada 24 April 2017, PI1M Daerah Kunak telah... read more

Program Advokasi KDB sempena Perkhemahan Hari Pengasas PEngakap Daerah Kunak

21 April 2017 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Dengan itu, seramai 276 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Kunak yang telah menyertai Perkhemahan Hari Pengasas Pengakap telah menyertai slot Advokasi Klik Dengan Bijak anjuran bersama PI1M Daerah Kunak dan pihak pengurusan Persatuan Pengakap Daerah Kunak pada 21 April 2017, bermula pada pukul... read more