Usahawan PI1M | Pn. Hjh. Ogy - Produk Kuih Tausa & Karipap Pusing

31 May 2016 | Profil Usahawan Tempatan

 

USAHAWAN PI1M KG. KADAZAN 

Nama Penuh                           : Pn. Hjh. Ogy Walmijan

Alamat                                    : Taman Kunak Kaya, MDKNK 2386, 91207 Kunak

Email                                      : tausamamaku@gmail.com

No. H/P                                   : 010-9525450

Nama Produk                           : Perusahaan Kuih Tradisional - Karipap Pusing & Tausa

 

1) Pn. Hjh Ogy merupakan seorang suri rumah yang kini menetap di Taman Kunak Kaya. Beliau merupakan usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan makanan (kantin sekolah) dan menerima tempahan katering sejak lewat tahun 80an. Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang masakan serta berbagai jenis kuih tempatan dan tradisional. 

2) Kini, beliau banyak menghabiskan masa dengan aktiviti berkebun, membuat kuih & memasak. Antara produk yang biasa dihasilkan ialah kuih Tausa (Red Bean Tart) dan Karipap Pusing (Ubi Kari) yang sering menjadi kegemaran keluarga dan rakan terdekat. Selain itu, kuih ini juga mendapat tempahan dari beberapa pelanggan dari sekitar Lahad Datu dan Semporna.

3) Antara medium pengiklanan produk, beliau menggunakan laman media sosial seperti Instagran dan Facebook page. Selain itu, promosi melalui rakan-rakan dan keluarga terdekat turut membantu dalam mempromosi produk ini. Produk ini hanya akan dihasilkan berdasarkan jumlah tempahan pelanggan yang ingin menikmati keenakan Karipap & Tausa hasil air tangan beliau. Untuk sebarang tempahan / pertanyaan, boleh terus menghubungi beliau di nombor yang tertera.