Program Sambutan Hari Krismas & Back to School PI1M Kadazan 2016

24 December 2016 | Berita Terkini

PI1M Kg. Kadazan telah mengadakan sebuah program Sambutan Krismas & Program Back to School bersama ahli-ahli PI1M Kg. Kadazan. Program ini telah diadakan pada 24 Disember 2016 bertempat di PI1M Kg. Kadazan. Sehubungan itu, antara pengisian program ini termasuklah; Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak, Aktiviti E-Pembelajaran dan Sambutan Hari Krismas.   

Taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pengurus PI1M Kg. Kadazan, Cik Juleah Rente. Antara topik penting yang disampaikan merangkumi contoh-contoh jenayah siber yang sering berlaku di negara kita, selain itu, beberapa tips dan perkongsian mengenai beberapa kes yang pernah berlaku di sekitar daerah Kunak turut disampaikan kepada para pelajar yang hadir. Diharapkan melalui taklimat ringkas dan padat ini, para pelajar mampu mengaplikasikan amalan yang baik ketika melayari internet.

Selain itu, ahli PI1M yang hadir juga diberi peluang untuk menggunakan komputer dan internet secara percuma. Pelajar diberi sedikit tips mengenai E-Pembelajaran, carian maklumat di internet, contoh-contoh seminar pendidikan menerusi internet. Melalui kaedah ini, pelajar merasakan teknik pembelajaran melalui internet merupakan teknik yang menghiburkan dan menarik minat mereka. Peserta yang hadir juga diberi peluang untuk menyertai Pertandingan Krismas bersama Keluargaku yang mana peserta perlu menghantar gambar keluarga bertemakan Krismas. Sehubungan itu, gambar terbaik yang dipilih bakal menerima hadiah misteri sumbangan PI1M Kg. Kadazan.

Dengan itu, diharapkan program seperti ini dapat mewujudkan Muhibbah dikalangan penduduk/pengguna PI1M dari pelbagai kaum. Selain itu, program seperti ini juga dapat membuka minda para pelajar, mahupun pengunjung PI1M untuk menggunakan kemudahan PI1M bagi tujuan menimba ilmu dan pengetahuan mereka. Sehubungan itu juga, dorongan dan galakan dari ahli keluarga terdekat juga menadi pemangkin untuk para ahli memanfaatkan kemudahan ini ke arah kemajuan dan zaman teknologi yang semakin canggih pada masa akan datang.