PI1M Induction & Operation Competency Programme | 18 Dis - 21 Dis 2016

21 December 2016 | Berita Terkini

 

Dalam usaha meningkatkan prestasi dan improvisasi pentadbiran PI1M, sesi PI1M Induction & Operation Competency Programme untuk 32 orang Pengurus & Penolong Pengurus PI1M Cluster B Sabah telah diadakan pada 18hb Dis hingga 21hb Disember 2016 bertempat di Hotel Pavilion, Sandakan. Program ini turut disertai oleh 6 orang staf PPR sekitar Sandakan. Selain itu, program ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Cluster Lead (B); Encik Yusrizal Hussein, Pn. Shahida Shaari selaku Vice President Human Resource, Nusuara Technologies. Turut hadir adalah En Mohd Sopian Abu, selaku Senior Vice President PI1M Operation Manager & Puan Diana Juhari, Operations Manager Sabah & Sarawak. 

Sesi selama 4 hari ini diadakan adalah tertumpu kepada beberapa tajuk taklimat yang disampaikan oleh pihak HR Nusuara Technologies & Cluster Lead mengenai objektif utama dan misi PI1M yang telah dicapai pada tahun-tahun lepas dan seterusnya rangkaan pelbagai perancangan, serta KPI untuk tahun yang berikutnya. Aspek 'Operations', 'OTEE', 'Technical'  serta beberapa pengisian yang memberi peluang kepada Pengurus & Penolong Pengurus PI1M untuk mengadakan latihan dalam kumpulan. Selain itu, sesi bersama Fulkrum juga telah memberikan peluang kepada staf PI1M untuk menjalankan aktiviti 'hands-on' penggunaan sistem Microsite disamping mengutarakan sebarang pertanyaan berkaitan. Melalui pengisian program seperti ini, ianya sekaligus memberi makluman yang jelas mengenai halatuju PI1M dalam membantu komuniti ke arah zaman globalisasi yang lebih maju & canggih di masa akan datang.

Penekanan terhadap KPI merupakan pengisian penting kepada sesi ini dalam usaha memastikan PI1M beroperasi dengan baik, serta pelaksanaan kelas ICT dan program yang memberi input positif yang berkesan kepada komuniti. Selain itu, sesi perjumpaan antara pengurus-pengurus ini dapat memberi idea dan semangat antara mereka untuk mengadakan program dan kelas bagi tujuan KPI pada tahun 2017 sekaligus memberikan khidmat terbaik dan cemerlang kepada komuniti setempat dan sekaligus dapat memberi kesan positif kepada PI1M pada masa akan datang.