Program Jamuan Akhir Tahun & Perbincangan bersama AJK PI1M Kg. Kadazan

31 December 2016 | Berita Terkini

Pada tahun 2016, PI1M Kg. Kadazan meneruskan perkhidmatan untuk yang ke 6 tahun bertempat di Kg. Kadazan, Kunak. Selama 6 tahun beroperasi, terdapat 2 buah organisasi AJK PI1M yang telah bekerjasama dengan pihak pengurusan PI1M untuk mengadakan program, kelas, promosi dan pelbagai aktiviti untuk para komuniti Kg. Kadazan dan sekitarnya. Selain itu, atas kerjasama dan bantuan dari ahli-ahli PI1M yang masih bersekolah turut berjaya menjayakan setiap kelas dan program yang dianjurkan oleh PI1M Kg. Kadazan.

Sepanjang tahun 2016, PI1M Kg. Kadazan berjaya mencapai setiap KPI yang telah ditetapkan; Kelas ICT, Latihan Usahawan yang konsisten diharapkan memberi input positif kepada para peserta yang hadir. Selain itu, program anjuran bersama pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dibawah pimpinan Puan Volia S Lojikim telah banyak membantu dalam usaha menjalankan setiap aktiviti kepada ahli-ahli dan penduduk kampung.

Pengisian utama mesyuarat yang telah diadakan adalah pembentangan Pengurus PI1M, Cik Juleah Rente berkenaan topik operasi PI1M, latihan kelas ICT dan Usahawan serta program bulanan di PI1M Kg. Kadazan. Pengurus PI1M memberi penerangan dan perbincangan bersama AJK berkenaan pelaksanaan yang telah diadakan pada tahun sebelum. Oleh itu, melalui beberapa strategi yang telah dicadangkan diharapkan dapat memberi dorongan kepada semua untuk mengambil langkah berkesan agar PI1M Kg. Kadazan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada komuniti setempat. Selain itu, melalui sesi perbincangan seperti ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan PI1M untuk melaksanakan program, latihan atau seumpamanya kepada setiap generasi yang terdapat di sekitar Kg. Kadazan. Selain itu, melalui platform seperti ini juga mampu memberikan ruang kepada AJK, ibu bapa dan guru sekolah untuk menyuarakan sebarang pendapat mahupun cadangan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan PI1M kepada umum.

Sesi perbincangan selama 2 jam memberi ruang untuk yang hadir menyuarakan pendapat mengenai latihan berkaitan ICT serta latihan usahawan yang bakal diadakan seawal bulan Februari ini kepada ahli Persatuan Saudara Baru Islam Kunak. Selain itu, persatuan-persatuan lain juga bakal menyertai program bulanan PI1M sebagai tanda mereka menyokong penuh terhadap perkhidmatan PI1M sekaligus memanfaatkan kemudahan yang ada. Dan pihak pengurusan PI1M akan meneliti cadangan tersebut untuk dilaksanakan pada tahun ini. Diharapkan dengan perbincangan ini akan dapat memberi kesan yang positif terhadap operasi PI1M Kg. Kadazan kearah KPI yang lebih cemerlang.