Mengenai PI1M




Maklumat PI1M Kg. Kadazan


Pusat Internet 1 Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek Pusat Internet 1 Malaysia, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat. 

Di samping itu, PI1M ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain PI1M memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan PI1M turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online.  

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

 

ü    Menaip

ü   Kelas Komputer / ICT (Percuma Untuk Ahli)

ü   Perkhidmatan Fotokopi & Mencetak

ü   Latihan Usahawan  

ü   Program Klik Dengan Bijak

ü  Smart Learning USM

ü   Perkhidmatan WiFi Komuniti  

 

2.     Maklumat Kg. Kadazan


 Kampung Kadazan telah wujud sejak dari tahun 1958. Lokasi kampung ini ialah 7KM dari Pekan Kunak. Penduduk asal kampung ini ialah seratus-peratus (100%) suku kaum Kadazan yang mana merupakan penduduk yang diberikan hak milik tanah persendirian oleh Borneo Abaca Limited atau dikenali sebagai Mostyn Bal Estate Sdn Bhd.

Pada mulanya hanya seramai 20 buah keluarga keturunan Kadazan, Dusun dari Pantai Barat yang telah di bawa ke Daerah Kunak pada ketika itu bagi tujuan menjadi peneroka kelapa sawit dan koko. Dan ditempatkan di satu perkampungan yang kemudiannya dinamakan sebagai Kampung Kadazan sehingga ke hari ini.

Perkembangan kependudukan di Kampung Kadazan ini telah berkembang dengan cepat. Terdapat banyak rumah telah dibina oleh waris peneroka / perintis daripada senarai pertama dan kedua menetap di kampung ini. Terdapat pemilik-pemilik tanah pertanian di kampung ini telah menjual lot-lot tanah untuk dijadikan tapak perumahan. Dengan adanya penjualan tapak-tapak perumahan ini mendorong lebih ramai lagi penduduk daripada lading-ladang yang bersara membeli dan mendirikan rumah sejak awal tahun 2009 hingga sekarang.

Pada ketika ini, dengan adanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang disandang buat kali pertama oleh Mendiang Encik Rony Gontuni, kedua; Encik Valentine Sebastian dan kini disandang oleh Pn. Volia S. Lojikim bagi mempengerusikan JKKK Kg. Kadazan.

 

 

3.     Maklumat PI1M & Komuniti Kg. Kadazan


 Lokasi

Kg. Kadazan

UST Area

 -

Daerah

Kunak

Negeri

Sabah

Populasi

 >600

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Buah-buahan/Sayur), Ladang Sawit, Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

1123 orang (Feb 2017)

Lat/Long PI1M

4°39’43.53”N , 118°12’27.82”E

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

19 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Cik Juleah Binti Rente

Email: juleah@celcom1cbc.com

No Telefon: 010-952 5450

 

Penolong Pengurus

Nama: Pn. Mardiyana Binti Sanusi

Email: mardiyana@celcom1cbc.com

No Telefon: 014-655 3731

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-kadazan

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg Kadazan (SuperWiFi@CBC) - PI1M Kg Kadazan

2.     Kg Simpang Empat (Pole 12 Meter) – Rumah En. Ishak Bin Sunu

3.     Taman Sri Idaman(Pole 12 Meter) – Rumah En. Azman Alih

4.     Kg Simpang Kadazan (Pole 12 Meter ) – Rumah Pn. Hamiatie Abd Hamid)

5.     Kg Cenderawasih (Pole 12 Meter) – Rumah PJKKK Kg Cenderawasih, Tn. Hj. Hydel Abah

6.     Kg Sri Bahagia (Pole 12 Meter) – Rumah Pn. Mardiyana Sanusi)

7.     SK Mostyn (Pole 12 Meter)

 

4.     Tempat-tempat Menarik

Dari segi ekonomi Kampung Kadazan hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan/perniagaan sendiri seperti penghasilan produk tempatan seperti perniagaan aneka jenis kerepek, hasil pertanian secara kecil-kecilan dan perusahaan ladang sawit. Disamping itu, juga terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, perusahaan kedai makan, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan yang lain.


Antara perusahaan makanan/produk tempatan yang terkenal seperti makanan ringan; kerepek amplang, ubi, pisang, ikan juga merupakan produk yang agak popular disekitar Kg. Kadazan dan kampung yang berhampiran iaitu Kg. Cenderawasih, Kunak. Perusahaan kerepek & makanan De' SR Resepi yang diusahakan oleh Puan Sariyaman Sabur adalah salah satu perusahaan yang agak popular di sekitar daerah Kunak, dan seluruh Sabah, dan kini syarikat beliau giat mengembangkan perusahaan ke peringkat yang lebih besar. Selain itu, perusahaan 'Firmawira' yang diusahakan oleh Pn. Muhaini Adap juga merupakan syarikat mengusahakan produk kerepek yang agak popular di kalangan penduduk Kunak. Pasaran produk ini mendapat sambutan di sekitar dalam dan luar daerah Kunak, serta mampu menembusi pasaran hingga ke Semenanjung Malaysia.


Selain itu, antara kemudahan yang terdapat di Kg. Kadazan, terdapat sebuah sekolah rendah, SK Mostyn dan sebuah tadika yang terletak kira-kira 2km dari PI1M Kg. Kadazan. Di samping itu, sebuah gereja, Gereja St. Peter yang terletak kira-kira 1km dari PI1M dan kemudahan lain seperti gelanggang futsal juga terletak 500 meter dari PI1M Kg. Kadazan bagi kemudahan penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti sukan dan sebagainya.