Ekonomi dan Keusahawanan


Dari segi ekonomi Kampung Kadazan hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan/perniagaan sendiri seperti penghasilan produk tempatan seperti perniagaan aneka jenis kerepek, hasil pertanian secara kecil-kecilan dan perusahaan ladang sawit. Disamping itu, juga terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, perusahaan kedai makan, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan yang lain.


Usahawan PI1M Kg. Kadazan :


1) Pn. Elizabeth Sebastian -  Menyediakan perkhidmatan refleksologi di sekitar daerah Kunak. Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau, boleh terus datang ke kediaman beliau berhampiran PI1M Kg. Kadazan, Kunak.


2) Pn. Nuridja Albi -  Menyediakan perkhidmatan pembersihan interior / exterior rumah dengan kadar yang berpatutan. Antara perkhidmatan beliau termasuklah servis membersihkan rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Pn. Nuridja, boleh hubungi beliau melalui SMS / panggilan ke nombor 019-619 8188.


3) Mohd Hafizan / Pijan -  Menyediakan perkhidmatan set karaoke & set meja santapan untuk sebarang majlis. Perkhidmatan beliau terbuka untuk sekitar daerah Kunak, Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Untuk sebarang pertanyaan / tempahan, hubungi melalui Whatssap / SMS ke 014-865 6476.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.