Kemudahan Awam




Kemudahan Awam yang terdapat di sekitar Kg. Kadazan :


1) Pusat Internet 1 Malaysia -  Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT sejajar dengan hasrat kerajaan yang selalu diwar-warkan agar masyarakat luar bandar juga tidak ketinggalan dalam kemajuan serta pembangunan teknologi ICT.


2) Gelanggang Sukan Pelbagai Guna -  Gelanggang Sukan Pelbagai Guna yang dibina oleh Kementerian Belia Sukan ini terletak bersebelahan padang dan balai raya lama di Kg. Kadazan. Kemudahan ini memberi ruang kepada penduduk kampung untuk menjalankan kegiatan sukan, riadah dan sebagainya. 


3) Tempat Beribadat (Gereja) -  Tempat beribadat untuk penganut agama Kristian di sekitar daerah Kunak ini terletak di tengah-tengah Kg. Kadazan, Kunak. Kemudahan gereja ini adalah bagi kemudahan penduduk mengerjakan ibadat disamping menjalankan aktiviti yang seumpamanya dan mampu mewujudkan harmoni di kalangan penduduk kampung.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.