Maklumat Tempatan


Maklumat mengenai Kg. Kadazan


Kampung Kadazan telah wujud sejak dari tahun 1958. Lokasi kampung ini ialah 7KM dari Pekan Kunak. Penduduk asal kampung ini ialah seratus-peratus (100%) suku kaum Kadazan yang mana merupakan penduduk yang diberikan hak milik tanah persendirian oleh Borneo Abaca Limited atau dikenali sebagai Mostyn Bal Estate Sdn Bhd.

Pada mulanya hanya seramai 20 buah keluarga keturunan Kadazan, Dusun dari Pantai Barat yang telah di bawa ke Daerah Kunak pada ketika itu bagi tujuan menjadi peneroka kelapa sawit dan koko. Dan ditempatkan di satu perkampungan yang kemudiannya dinamakan sebagai Kampung Kadazan sehingga ke hari ini.

Perkembangan kependudukan di Kampung Kadazan ini telah berkembang dengan cepat. Terdapat banyak rumah telah dibina oleh waris peneroka / perintis daripada senarai pertama dan kedua menetap di kampung ini. Terdapat pemilik-pemilik tanah pertanian di kampung ini telah menjual lot-lot tanah untuk dijadikan tapak perumahan. Dengan adanya penjualan tapak-tapak perumahan ini mendorong lebih ramai lagi penduduk daripada lading-ladang yang bersara membeli dan mendirikan rumah sejak awal tahun 2009 hingga sekarang.

Pada ketika ini, dengan adanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang disandang buat kali pertama oleh Mendiang Encik Rony Gontuni, kedua; Encik Valentine Sebastian dan kini disandang oleh Pn. Volia S. Lojikim bagi mempengerusikan JKKK Kg. Kadazan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.