Berita Terkini

BENGKEL USAHAWAN : KEMAHIRAN MEMBUAT KUIH TALAM

11 November 2018 |

Pada 11 November 2018, telah berlangsung bengkel kemahiran usahawan membuat kuih talam di Pusat Internet Kg Kuala. Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus namun cara membuatnya memerlukan teknik yang betul. Melalui bengkel ini peserta didedahkan dengan cara membuat kuih talam dengan betul dan pelbagai jenis. Dalam bengkel ini peserta diajar membuat 3 jenis kuih talam iaitu talam dodol, bingka ubi cheese, dan talam oreo cheese oleh tenaga pengajar Cikgu Maria Sedan. Inovasi dalam resepi tradisional ini mampu membuka peluang perniagaan kepada para peserta. Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi dan... read more

BENGKEL KEUSAHAWANAN - MOONCAKE

12 November 2018 |

Jabatan Kemas Daerah Papar telah menganjurkan program Bengkel Keusahawan membuat Mooncake bersama Pusat Internet Malaysia Kg Kuala Papar pada 08.11.2018. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu para peserta yang terdiri daripada Pekerja KEMAS sendiri dan juga peserta PIM Kg Kuala. Tenaga Pengajar yang dijemput khas oleh Jabatan Kemas untuk menjayakan lagi Bengkel Keusahawanan ini. PIM Kg Kuala berharap dengan perkongsian ilmu dapat membantu lebih ramai lagi suri rumah untuk menjadi Usahawan.       ... read more

USAHAWAN | BURGER GERGASI

25 October 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Ain Nur Nadwatul Fatihah, 18 merupakan seorang suri rumah yang mengusahakan perniagaan Burger Gergasi dari rumah. Beliau menjalankan perniagaan ini secara penghantaran dari rumah ke rumah mengikut permintaan pelanggan. Ini merupakan salah satu daripada inovasi beliau untuk  menampakkan keunikan pada perniagaan burger beliau.  Burger gergasi berukuran diameter 10 sentimeter cukup untuk dimakan oleh 4-5 orang. Harga burger gergasi  adalah sangat berbaloi iaitu RM30 sebiji. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, hubungi beliau di nombor 01140110148 atau layari Facebook beliau di  https://www.facebook.com/nurain.fatiha     ... read more

PERTANDINGAN BINGO

14 October 2018 |

Pada 14 Oktober 2018, Pusat Internet Malaysia (PIM) Kampung Kuala telah menganjurkan pertandingan BINGO untuk para pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini diadakan sempena dengan cuti sekolah pada bulan ini. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.       ... read more

PERTANDINGAN CONGKAK

07 October 2018 |

Pada 7 Oktober 2018, telah berlangsung pertandingan congkak di Pusat Internet Malaysia (PIM) Kampung Kuala. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.         ... read more

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KEK PISANG

21 October 2018 |

Pada 21.10.2018, Pusat Internet Malaysia Kampung Kuala menjemput 2 tenaga pengajar dari KEMAS untuk mengendalikan bengkel keusahawanan membuat kek pisang. Seramai 10 orang peserta menyertai bengkel keusahawanan ini. Bengkel ini bertujuan untuk menambah ilmu para peserta yang terdiri daripada suri rumah dalam perniagaan. Pusat Internet Malaysia Kampung Kuala mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar dan juga para peserta kerana telah menjayakan bengkel keusahawanan ini dan PIM Kg Kuala berharap ilmu yang dikongsikan pada hari ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta.            ... read more

USAHAWAN | NUR DONUT IZYANI

27 September 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nur Donut Izyani diusahawakan oleh Puan Izyani Ismail menyediakan tempahan Donut untuk pelbagai jenis majlis pada harga yang berpatutan. Selain itu, beliau juga menerima tempahan donut untuk pelbagai jenis perayaan. Nur Donut Izyani menyediakan pelbagai jenis tempahan Donut dengan rekaan yang menarik. Beroperasi dari rumah yang terletak di Kg Kuala Papar, Nur Donut Izyani juga menyediakan perkhidmatan penghantaran produk beliau meliputi kawasan Papar sehingga Kota Kinabalu. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut sila hubungi beliau di talian 0163545602 atau layari Facebook page https://www.facebook.com/NUR-DONAT-izyani-inayzi       ... read more

Program Latihan E-rezeki Bersama Puteri UMNO Papar

25 September 2018 |

Pada 25 September 2018, telah berlangsung program latihan e-Rezeki bersama Puteri UMNO Papar. Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian.Seramai 7 orang peserta telah menyertai kursus ini yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Program dirasmikan oleh Puan Norazian Binti Abd Ghani, Naib Ketua Puteri UMNO Papar.        ... read more

Program Latihan E-rezeki Bersama Belia 2.0

20 September 2018 |

Pada 20 September 2018, telah berlangsung program latihan e-Rezeki bersama belia mukim Kuala 2.0. Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian.Seramai 4 orang peserta telah menyertai kursus ini yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.     ... read more

LAWATAN BIRO PENDIDIKAN & EKONOMI P.175 PAPAR

21 September 2018 |

Pada 21 September 2018, Pusat Internet Kampung Kuala telah menerima lawatan daripada Biro Pendidikan dan Ekonomi P.175 Papar yang diketuai oleh Encik Yazali Ismail, Timbalan Pengerusi Biro. Lawatan turut diiringi Arinti Ahtee, Ketua Wirawati Papar (Biro Pendidikan), Puan Evelyn J. Charlie dari Biro Pendidikan & Ekonomi P.175 Papar dan Ketua Kampung Kg Kuala, Tuan Hj.Mohd Asli Abd Hakim. Kunjungan tidak rasmi ini bertujuan untuk meninjau perkhidmatan yang disediakan oleh PI dan seterusnya mengenali dengan labih dekat fungsi PI kepada masyarakat setempat. Lawatan bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada... read more