PROGRAM SANTAI HARI MALAYSIA 2018

19 September 2018 |

Pada 16.09.2018 Program Santai Hari Malaysia 2018  telah diadakan di Dewan Perumahan Kampung Kuala sempena menyambut Hari Malaysia dengan kerjasama Kospen, Tabika Kg Kuala, Tabika Perumahan Kg Kuala dan juga Pusat Internet Malaysia Kg Kuala. Program ini dihadiri oleh penduduk perumahan kg kuala seramai 100 orang dan pelbagai aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan penduduk dan juga memupuk semangat patriotik di kalangan kanak-kanak tabika. aktiviti yang dijalankan termasuklah Senamrobik, Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tabika, "Gulai Kawah Daging" yang disertai oleh para surirumah, Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik, Sukaneka Dewasa, Promosi eRezeki dan juga "Klik Dengan Bijak". Program ini berlangsung pada jam 7 pagi sehingga 1 petang. Ribuan terima Kasih diucapkan kepada penduduk perumahan kg kuala dan juga mereka yang terlibat dalam menjayakan PROGRAM SANTAI HARI MALAYSIA 2018  ini.