LAWATAN BIRO PENDIDIKAN & EKONOMI P.175 PAPAR

21 September 2018 |

Pada 21 September 2018, Pusat Internet Kampung Kuala telah menerima lawatan daripada Biro Pendidikan dan Ekonomi P.175 Papar yang diketuai oleh Encik Yazali Ismail, Timbalan Pengerusi Biro. Lawatan turut diiringi Arinti Ahtee, Ketua Wirawati Papar (Biro Pendidikan), Puan Evelyn J. Charlie dari Biro Pendidikan & Ekonomi P.175 Papar dan Ketua Kampung Kg Kuala, Tuan Hj.Mohd Asli Abd Hakim. Kunjungan tidak rasmi ini bertujuan untuk meninjau perkhidmatan yang disediakan oleh PI dan seterusnya mengenali dengan labih dekat fungsi PI kepada masyarakat setempat. Lawatan bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.