Hari Sukan Negara

08 October 2016 | Berita Terkini
Pada 8 Oktober 2016, Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg.Kuala tidak ketinggalan untuk mengadakan acara sukan sempena dengan Program Sukan Negara yang dijalankan di seluruh Malaysia. Program santai ini bertujuan untuk memperkenalkan Hari Sukan Negara kepada para peserta khasnya para pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti kali ini.Antara pengisian yang dibuat oleh pihak Pi1M Kg Kuala ialah permainan mini golf. seramai 20 orang peserta telah mengikuti pertandingan yang dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari.