Bengkel Anyaman Bakul

25 October 2016 | Berita Terkini

Pada 25 Oktober 2016, telah berlangsung bengkel Anyaman Bakul khas untuk usahawan potensi dan suri rumah di sekitar Pi1M Kg Kuala. Bengkel dikendalikan oleh Cik Rosfadhillah Jaludin, Pengurus PI1M Belatik sebagai tenaga pengajar. Seramai 10 orang peserta menyertai pertandingan ini. Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang dengan taklimat Keusahawanan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan di Media sosial.