Pertandingan Penanda Buku Kreatif sempena Bulan Membaca Pi1M

20 November 2016 | Berita Terkini
Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg Kuala telah mengadakan bulan membaca sepanjang bulan November. Progam ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar khasnya. Setiap pelajar yang menggunakan perkhidmatan komputer dikehendaki meluangkan 15-30 minit masa untuk membaca secara online ataupun offline. Sempena dengan kempen ini, Pi1M Kg Kuala telah mengadakan pertandingan mereka penanda buku kreatif khas untuk para pelajar. Pertandingan diadakan pada 13 November 2016, bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Seramai lebih kurang 15 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini.