USAHAWAN Doorgift | Puan Rafizah Suhaibul

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Rafizah merupakan seorang ahli Pi1M yang mengusahakan perniagaan doorgift  secara sampingan. Beliau menyediakan perkhidmatan tempahan doorgift untuk pelbagai majlis seperti Majlis Perkahwinan, Akikah, Pertunangan dan sebagainya. Idea menceburi perniagaan ini timbul melalui hobi beliau yang meminati pelbagai jenis doorgift  terutama sekali candy booth. Rata-rata penyedia perkhidmatan seperti ini hanya menerima tempahan minumum 100 unit sahaja. Oleh itu, beliau mencari kelainan dengan menyediakan perkhidmatan serendah 50 unit untuk satu-satu tempahan sesuai dengan matlamat beliau iaitu murah dan comel. Untuk tempahan/pertanyaan mengenai perkhidmatan doorgift beliau sila hubungi 0138374933 (Pija).