Pertandingan Tulisan Khat Kreatif
18 December 2016 | Berita Terkini
Pada 18 Disember 2016, Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Kuala telah mengadakan pertandingan tulisan khat kreatif sempena dengan sambutan Maulidur Rasul 2016-1437H. Pertandingan bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Seramai 25 orang ahli Pi1M menghadiri program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah.