Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Kg Kuala, Papar

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli) 

ü  Sewa Bilik Mesyuarat  

ü  Pinjaman Netbook 1Malaysia

 

Maklumat Komuniti Kg Kuala, Papar

 

Kampung Kuala merupakan kampung yang terletak di daerah Papar. Kampung ini mempunyai lebih 500 keluarga. Aktiviti ekonomi di kampung ini termasuklah perikanan, perytanian dan peniagaan. Kampung Kuala dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kampung Kuala dalam dan Kampung Kuala Perumahan. Kg.Kuala dalam merupakan penempatan asal di kawasan ini yang tertumpu di kawasan persisiran pantai. Sekitar tahun 70-an, kawasan perumahan dibangunkan sehingga melipui separuh daripada keluasan Kg Kuala.   Kampung ini mempunyai dua sekolah rendah iaitu SK Kuala dan SAN Kuala serta satu sekolah menengah (SMA Islamiah Papar). Selain itu mempunyai dua tabika KEMAS serta sebuah pra sekolah. Kampung ini juga mempunyai satu kilang perusahaan kasut (KOSAN) yang turut memberi sumbangan kepada ekonomi penduduk sekitar.

 

Maklumat PI1M & Komuniti Kg Kuala


Lokasi

Kg Kuala Papar

UST Area

Papar

Daerah

Papar

Jumlah Keahlian

(setakat 3/10/2016)

307 Orang

Lat/Long PI1M

5.744 / 115.910

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

5 Disember 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama : Mimi Liyana Aqilah Suhaimi

Email:liyana@celcom1cbc.com

No Telefon: 0198632152

 

Penolong Pengurus

Nama: Sadiatul Ninifitri Rospen

Email: sadiatul@celcom1cbc.com

No Telefon: 019 8997262

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-kuala

Kampung Tanpa Wayar

1.     KTW Padang Futsal

2.     KTW Kg Kuala Tengah

3.     KTW Kg Kuala Laut

4.     KTW Surau Ar-Rahimi