Ekonomi dan Keusahawanan

Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan di Kg Kuala ialah :

1. Pengusaha Kedai Runcit 
Terdapat sebaris kedai runcit enam pintu (SEDCO) di Kg Kuala yang menjadi tumpuan para penduduk untuk membeli barang keperluan harian.
    
2. Nelayan
Aktiviti perikanan merupakan sumber ekonomi utama di Kg Kuala oleh kerana geografinya yang terletak di muara sungai Papar dan menjadi laluan utama para nelayan untuk ke laut. 

4. Usahawan Kecil
Antara perusahaan kecil di Kg Kuala termasuklah gerai sayur dan buah-buahan Alias Enterprise , warung Gerai Seri Anjung Kg Kuala, dan warung Gerai Mama Halim yang menyediakan makanan tempatan. 

5. Petani 
Petani merupakan aktiviti ekonomi minor di Kg Kuala, hal ini kerana struktur tanah yang kurang sesuai untuk bercucuk tanam. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.