Maklumat Tempatan

Asal Usul Daerah Papar

Papar merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah , Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut. Asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. 


Kg Kuala

Kg Kuala merupakan salah satu daripada kampung dalam daerah Papar yang terletak 15 minit dari Pekan Papar. Kg Kuala mempunyai populasi penduduk seramai 2500 yang terbahagi kepada dua blok iaitu Perumahan Kg Kuala dan Kg Kuala. Terdapat lebih 200 buah keluarga menduduki Kg Kuala yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, pekerja swasta, petani, nelayan dan peniaga. Kg Kuala terletak di bawah DUN N.17 Pantai Manis, dan Parlimen P.175 Papar. Majoriti penduduk di Kg Kuala terdiri daripada etnik Bajau dan Brunei. 


Negeri

Sabah

Daerah

Papar

Kampung

Kuala

Parlimen

P.175 Papar

Dewan Undangan Negeri

N22 Pantai Manis

Jumlah Penduduk

1500 Orang

Agama Majoriti

Islam

Bangsa Majoriti

Bajau dan Brunei

Pegawai Daerah

Encik Adnan@ Adenan Bin Atin

Ahli Parlimen P.175 Papar

Yb. Datuk Hjh. Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin

ADUN N17 Pantai Manis

Yb Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.