Pelancongan & Rekreasi

1. Pantai Manis Papar

Pantai manis terletak di hujung Kg Kuala. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Pantai ini pernah mengalami kerosakan teruk sekitar tahun 1998 akibat daripada hakisan pantai. Pada tahun 2011 pantai ini diberi wajah baharu dan menjadi tempat rekreasi keluarga oleh peduduk setempat.


2. Kolam Ko-Bra Ai

Tumpuan utama kaki pancing sekitar Kg Kuala. 


3. De'Bambangan Homestay Papar

Homestay ditubuhkan pada pertengahan tahun lepas 2015,homestay ini juga menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.Jalan ke Bambangan Homestay terletak di belakang surau dan balairaya Kg Bambangan Papar.


4. Masjid Dearah Papar

Masjid yang pertama di daerah ini telah dibina di Kampung Laut sekitar tahun 1890 masih kukuh dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.


5. TZ Homestay 

Homestay tunggal di kawasan Perumahan Kg Kuala yang ditubuhkan pada tahun 2016 dan dirasmikan oleh YAB Datuk Hjh Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin, Ahli Parlimen P175 Papar. TZ Homestay yang terletak di Lot  67, fasa 3, Perumahan Kuala ini mempunyai 4 bilik tidur (3 berhawa dingin), 2 bilik mandi, 2 ruang tamu dan dapur lengkap. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.