Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain
Pusat Internet  (PI) Kg.Kuala, merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama Celcom Berhad untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. PI Kg.Kuala mula beroperasi pada 5 Disember 2012. PI Kg.Kuala berfungsi sebagai pusat jalur lebar komuniti yang akan mewujudkan satu rangkaian komuniti berpengetahuan   (Knowledge Community Centre) sejajar dengan wawasan negara yang ingin melahirkan masyarakat yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Ke arah melahirkan komuniti yang celik IT, PI Kg.Kuala turut menawarkan kelas latihan ICT percuma kepada komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.  Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat pada hari ini, diharapkan PI mampu membantu komuniti Kg.Kuala khasnya untuk menguasai bidang IT dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi itu sendiri. 
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan