Berita Terkini

USAHAWAN 15: CIK NUR FARIHANI BINTI EMBONG (MEMILIKI KEDAI BUNDLE)

19 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Nur Farihani binti Embong berusia 24 Tahun.  Beliau memiliki kedai bundle sejak tahun lepas yang diberi nama MAXX BUNDLE.  Walaupun berusia muda beliau telah berjaya membuka kedai bundle di kampungnya iaitu Kampung Langkap.  Sebelum beliau menceburi bidang perniagaan ini, beliau telah bekerja bersama ayahnya menguruskan kantin sekolah.  Selepas habis kontrak tender kantin, beliau mengambil keputusan untuk membuka kedai bundle. Terdapat jenis pakaian di kedainya antaranya ialah pakaian baju untuk wanita, pakaian untuk lelaki, cadar, apron dan pakaian kanak-kanak.  Kualiti pakaian di kedainya amat baik dan harga pun sangatlah murah.  Keistimewaan... read more

PERTANDINGAN PROJEK SENI (POPSICLE STICK)

19 February 2017 | Berita Terkini

Pada 17 Februari 2017 (Jumaat) - Pusat Internet 1Malaysia Kg Langkap telah mengadakan Pertandingan Projek Seni menggunankan batang aiskrim untuk ahli PI1M.  Seramai 16 orang ahli yang telah menyertai pertandingan ini.  Mereka telah di bahagiakan kepada 4 kumpulan.  Dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli.  Mereka telah membuat undian untuk mendapatkan kumpulan kerana dengan membuat undi akan lebih professional.  Pertandingan bermula pada pukul 9.30 pagi. Sebelum bermulanya pertandingan pihak PI1M telah memberitahu tentitif pertandingan ini.  Pertandingan ini mengikut kreativiti peserta itu sendiri.  Pihak PI1M telah memberikan 2 bungkus batang aiskrim kepada... read more

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP DUN LANGKAP.

19 February 2017 | Berita Terkini

Pada 17-18 Februari 2017 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu – Pihak pemuda Kampung Langkap telah mengadakan satu Kejohanan Sepak Takraw untuk kali pertama di gelangang futsal Kampung Langkap.  Sambutan memggalakan dari anak-anak muda Kampung Langkap dan kampung yang berdekatan yang mana telah menyertai dalam perlawanan tersebut.  Terdapat 24 pasukan yang menyertainya pertandingan ini.  Mereka terdiri daripada anak muda Kampung Langkap dan kampung yang Dun Langkap.  Sambutan yang sangat menggalakan walaupun pertandingan ini kali pertama yang dianjurkan oleh pihak pemuda Kampung Langkap.  Seperti kita maklum permainan sepak takraw adalah satu permainan... read more

USAHAWAN 14: CIK NOR AZLINA BINTI ABDULLAH (MENJUAL PELBAGAI JENIS ANEKA KUIH MUIH)

31 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Nor Azlina binti Abdullah berumur 26 tahun.  Merupakan anak ke 2 dari 7 orang adik beradik.  Beliau adalah anak jati Kampung Langkap dan masih belum berkahwin. Beliau telah bergiat dalam bidang menjual kuih muih sejak tahun lepas.  Pelbagai jenis aneka kuih muih yang beliau jual turut dibantu oleh ibu tercinta adalah kuih Akok, Seri Ayu, Cupcakes, Laksan dan banyak lagi.  Kuih muih yang beliau buat itu dihantar ke kedai Kampung Langkap.  Alhamdullilah kuih muih beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kampung Langkap. Pada bulan Puasa pula, beliau akan menjual cendol. ... read more

LAWATAN PASCA BANJIR OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (DATO’ HAJI JAILANI JOHARI) K

26 January 2017 | Berita Terkini

Pada 20 Januari 2017 (Jumaat) - Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Langkap telah mendapat Lawatan Pasca Banjir oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan multimedia iaitu Dato’ Haji Jailani Johari bersama Isteri tercinta iaitu Toh Puan Siti Nurbiha Mohd Bisharuddin diiringi dengan Pegawai Pejabat Parlimen Hulu Terengganu Nik Azman Nik Abdul Razak dituruti dengan 3 orang pegawai SKMM TIMUR iaitu En Rosli bin Haji Ahmad, En Hilmi dan Encik Mat. Pusat Internet 1Malaysia Kg Langkap telah dilanda banjir yang besar pada 03 Januari 2017 (Selasa).  Banjir pada kali ini merupakan banjir yang terbesar... read more

SESI BERTANYA KHABAR MANGSA BANJIR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERSAMA DATIN SERI ROSMAH MANSOR

24 January 2017 | Berita Terkini

Pada 20 Januari 2017 (Jumaat)- Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) hari ini menyampaikan sumbangan kira-kira RM88,000 kepada 437 keluarga di beberapa kampung yang dilanda banjir dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap pada hari ini. Sebanyak 12 buah kampung yang terjejas, iaitu Kampung Pelong, Kg Sg Tong, Kg Langkap, Kg Banggol Stor, Kampung Kasar, Kampung Merbau Menyusut, Kg Bukit Nenas, Kg Tayor Tengah, Kg Desa Jaya, Kg Pok Ba, Kg Bukit Nyior dan Kg Tok Nandung. Sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian itu disampaikan... read more

PROGRAM PROSES PEMULIHAN BANJIR SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAP.

10 January 2017 | Berita Terkini

Pada 06 Januari 2016 (Jumaat) - Pihak pentadbiran dan semua warga Sekolah Kebangsaan Langkap Setiu mengalungkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memulihkan kawasan sekolah pasca bencana banjir yang berlaku pada 03 Januari 2016.  Banjir pada kali ini merupakan banjir yang paling besar berbanding yang pernah berlaku sebelum ini. Usaha yang berterusan daripada kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan melibatkan keseluruhan agensi kerajaan dalam membantu mangsa banjir dan membersihkan persekitaran sekolah yang terjejas akibat banjir. Selain itu Menteri Pendidikan Dato... read more

USAHAWAN 13: PUAN ROHANI BINTI MOHD (MENJUAL PRODUK KECANTIKKAN)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Rohani ialah seorang suri rumah tangga yang berusia 29 Tahun.  Beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu seorang puteri dan 2 orang putera.  Puan Rohani berasal dari Marang Terengganu dan telah berkahwin dengan seorang pemuda dari Kampung Langkap.  Sekarang beliau mengikut suami dan menetap di sini. Beliau telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan sejak setahun yang lalu.  Beliau telah menjual pelbagai jenis produk kecantikkan antaranya produk Glitter Glowing Foundation, lipstik dan banyak lagi.  Beliau telah mempromosikan barangannya melalui facebook, whatsupp dan ke rumah ke rumah.  Alhamdulillah mendapat sambutan... read more

USAHAWAN 12: CIK ROSZALIA BINTI CHE AWANG (KONTRAKTOR BAHAGIAN MEMBERSIHKAN KAWASAN DAN BANGUNAN)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Roszalia ialah seorang kontraktor yang telah bergiat dalam bidang ini sejak 2 tahun yang lalu.  Beliau berusia 36 tahun dan merupakan anak jati Kampung Langkap.  Walaupun bidang pekerjaan ini merupakan kebanyakkan kaum lelaki yang menakluki akan tetapi bukan bagi beliau, perempuan pun boleh menceburi bidang ini. Beliau telah mendapat tender di salah sebuah sekolah daerah setiu dan beliau mempunyai beberapa orang pekerja yang bekerja di bawahnya.  Beliau juga seorang yang aktif di kampung dan merupakan ketua puteri umno di kampungnya.  Beliau juga merupakan ahli Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Langkap. Jika... read more

PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT (KOSPEN) & SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 2016.

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 23 Disember 2016 (Jumaat) – Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) telah bekerjasama dengan Pihak J3K Kampung Langkap telah mengadakan satu program iaitu Program Bersama Masyarakat bertempat di Dewan Masjid Kampung Langkap. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta.  Selepas itu ceramah kesihatan dari unit kesihatan yang datang.  Beliau telah menyampaikan pesanan dan peringatan kepada penduduk kampung yang hadir pada program tersebut.  Selepas itu acara penyampaian signboard “Rumahku Bebas Asap Rokok “kepada penduduk kampung yang terpilih.  Di samping itu juga, acara cabutan bertuah kepada mereka yang hadir. Selepas itu, pemeriksaan... read more