USAHAWAN 10 : PUAN AZIZAH BINTI ABDULLAH (TEMPAHAN MENJAHIT PELBAGAI JENIS PAKAIAN)

28 October 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Azizah Binti Abdullah merupakan seorang suri rumah. Beliau sekarang berusia 46 tahun dan  mempunyai tujuh orang anak dua orang putera dan 5 orang puteri. Beliau mula berjinak dalam bidang jahitan sejak berusia 21. Pada awalnya beliau hanya menjahit baju kurung untuk puteri sulong beliau. Tapi, apabila jiran-jiran tahu akan kebolehan beliau, jiran-jiran juga mula membuat tempahan, dan sehingga kini ianya masih berkembang lebih meluas kepada guru-guru sekolah.

Pelbagai jenis pakaian yang boleh dijahit contohnya seperti baju kurung moden, baju kebaya, gaun, pelbagai jenis pakaian kanak-kanak, baju sekolah dan pelbagai lagi.

Alhamdullah, sehingga kini, tempahan baju beliau mendapat sambutan daripada pelanggan beliau. Tambahan pula apabila tiba musim perayaan, begitu banayak tempahan yang akan diterima oleh beliau. Beliau juga dibantu oleh anak-anak beliau yang juga mula berjinak dalam bidang jahitan.

Puan Azizah juga seorang yang aktif.  Sekiranya Pihak Internet 1Malaysia Kampung Langkap mengadakan sesuatu aktiviti beliau akan turut serta dalam menjayakan program yang dijalankan.