USAHAWAN 11 : PUAN SITI NOR DIYANA BINTI CHE AWANG (MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK AVAIL BEAUTY)

22 November 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Siti Nor Diyana binti Che Awang merupakan seorang petugas di Perpustakaan Desa Kg Langkap dan telah bergiat selama 5 tahun.  Beliau berusia 29 tahun dan merupakan anak jati Kampung Langkap.  Beliau telah mendirikan rumah tangga dan telah dikurniakan seorang putera.

Di samping bekerja di perpustakaan Desa Kg Langkap, beliau juga telah berkecimpung dalam bidang perniagaan pelbagai jenis produk kecantikan dan kesihatan.  Beliau akhirnya bersetuju menjadi salah seorang ahli dan menjual produk tersebut dan telah aktif sejak tahun lepas.

Penjualan produk beliau telah mendapat sambutan daripada kawan-kawannya dan penduduk kampungnya.  Produk tersebut mempunyai banyak kebaikannya antaranya ialah Tuala Wanita & Pantiliner 100% kapas & mempunyai herba-herba yang terpilih.  Klorofil memberikan tenaga & membuang toksin dalam badan.  Greenfit merupakan serat semulajadi membantu mengawal atur berat badan, megelakkan sembelit & buasir serta memberi keselesaan kepada perut dan Cleanser pemcuci muka organic tiada bahan kimia yang boleh merosakkan kulit seperti paraben, MIT, Sulfate, silikon mineral oil dan petroleum.

Puan Siti Nor Diyana juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa PI1M Kg Langkap.  Beliau seorang ahli yang aktif sekiranya pihak PI1M Kg Langkap mengadakan aktiviti.