PROGRAM SEMINAR TRANFORMASI HALAL DAN MESTI TERENGGANU 2016

22 November 2016 | Berita Terkini

Pada 17 November 2016 (Khamis) – Persatuan Pedagang Pengusaha Melayu (PERDASAMA) melalui Perdasama Wanita dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU) telah melaksanakan Seminar Transformasi Halal & Mesti Terengganu bertempat di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi pendaftaran para peserta.  Peserta yang menjalani program ini terdiri daripada usahawan di seluruh negeri Terengganu.  Seramai 100 orang usahawan yang telah hadir pada seminar ini.  Usahawan dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Langkap telah berlibat dalam seminar ini iaitu Puan Ramlah binti Ali dan Noor Akhmar binti Ismail yang masing-masing adalah Pengusaha Pelbagai Jenis Sos dan bengkel Pemprosesan Sos bertempat di Kampung Langkap.

Seminar ini diadakan bertujuan membantu dan memberi pendadahan kepada para Usahawan untuk memperolehi Sijil Mesti dan Sijil Halal.  Tentatif program ini dimulakan dengan Taklimat Mesti oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang bertajuk Pengenalan & Prosedur Permohanan Pensijilan Mesti, Elemen Skim Pensijilan Mesti dan Kepentingan & Keperluan Pensijilan Mesti.  Selepas itu, Taklimat Halal oleh Jabatan Halal Terengganu bertajuk Garis Panduan Standard Malaysia & Manual Pensijilan Halal dan Kepentingan & Keperluan Pensijilan Halal.

Pada sebelah petang pula, Diskusi Santai bersama Ahli Panel  Dana Bantuan bagi membantu mendapatkan Pensijilan Halal & Mesti iaitu dari Jabatan SME COOP, MARDI, MARA, dan TEKUN.  Setiap Jabatan memberi penerangan kepada para Usahawan apa yang disediakan dan tawaran yang ditawarkan bagi membantu para usahawan untuk mendapatkan Pensijilan Mesti dan Halal.  Selain itu juga para usahawan boleh bersoal jawab dengan Ahli Panel yang terlibat.

Bagi Majlis penutupan, dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan diikuti dengan Ucapan daripada Naib Presiden Perdasama Malaysia Industri Halal Task Force dan Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Haji Nawi bin Mohamad iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Kepengguan Negeri.  Seminar bersurai pada pukul 5.00 Petang.