PERTANDINGAN JEJARI PANTAS SEKOLAH RENDAH

02 December 2016 | Berita Terkini

Pada 30 November 2016 (Rabu) – Pusat Internet 1Malaysia Kampung Langkap telah mengadakan Pertandingan Jejari Pantas untuk murid sekolah rendah.  Mereka telah dibahagiakan kepada 2 bahagian iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.  Bagi Tahap 2 seramai 7 orang yang telah menyertai pertandingan ini.  Manakala untuk Tahap 1 pula seramai 8 orang yang telah menyertainya.

Program telah bermula pada pukul 9.30 pagi.  Peserta dikehendaki meyalin semula petikan yang diberikan kepada para peserta dan masa yang diberikan untuk menyiapkannya adalah selama 1 jam.  Dengan adanya program seperti ini dapat melatih para peserta belajar menaip dan hasilnya sangat memuaskan kerana peserta yang telah menyertai program ini sudah pandai menaip walaupun usia mereka masih muda.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus PI1M Kg Langkap iaitu Puan Noor Aziantee binti Jali.  Bagi Tahap 1 Tempat Pertama telah dimenangi oleh Adik Nur Alia Nabila binti Mohd Hanafiah, tempat kedua pila dimenangi oleh Adik Nur Dini Nisywah binti Razmannazri, dan tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Nazmi Asyraf bin Nazran.  Bagi tahap 2 pula tempat pertama telah dimenangi oleh Adik Adila Farhana binti Mohd Rizan, tempat kedua dimenangi oleh Adik Ainul Sofiya binti Mohd Zaid dan tempat ketiga dimenangi oleh Adik Nur Hanaelda Najwa binti Mohd Hanafiah.

Sebelum Program selesai, para peserta berkesempatan mengambil foto kenangan bersama-sama kawan dan pihak PI1M Kg Langkap.  Program ini amat berguna kepada semua Ahli PI1M dan pihak PI1M akan menyediakan pelbagai aktiviti lagi manfaatkan cuti sekolah.  Program ini selesai pada pukul 1 Petang.