PROGRAM MEMBUAT KEY CHAIN DENGAN MENGGUNAKAN MANIK.

30 November 2016 | Berita Terkini

Pada 30 November 2016 (Rabu) – Pusat Internet 1Malaysia Kampung Langkap telah mengadakan Program Membuat Key Chain dengan menggunakan manik.  Program ini telah berlangsung pada pukul 3 Petang dan bertempat PI1M Kg Langkap.

Guru yang telibat dalam mengajar bagaimana untuk membuat Key chain dengan manik ialah Puan Rahayu binti Jusoh iaitu merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PI1M Kg Langkap.  Ada beberapa Ahli cilik telah menyertai program ini.  Mereka tekun mendengar dan belajar membuatnya.  Begitu juga dengan pihak PI1M Kg Langkap juga turut serta.

Program ini sangat berguna kepada para peserta kerana dapat mencungkil bakat mereka dan berfikiran kreatif di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.  Mereka dapat belajar di rumah dan dapat mengajar orang lain pula.  Di samping itu juga, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Majlis bersurai pada pukul 5.00 petang.  Dan sebagai penghargaan kepada yang terlibat mereka boleh membawa pulang hasil kerja yang telah mereka hasilkan itu.