PROGRAM KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA HUJAN RIBUT UNTUK KALI YANG KE 8 ANJURAN PERSATUAN BELIA BITARA K

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 23-24 Disember 2016 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu – Persatuan Belia Bitara Kampung Langkap telah mengadakan satu Kejohanan Bola Sepak Piala Hujan Ribut yang Kali ke 8 di padang Kampung Langkap.  Sambutan memggalakan dari anak-anak muda Kampung Langkap dan kampung yang berdekatan yang mana telah menyertai dalam perlawanan tersebut. 

Terdapat 10 pasukan yang menyertainya dan terjadinya pasukan tersebut para peserta dikehendaki membuat cabutan undian untuk menentukan pasukan masing.  Maka setiap kumpulan mempunyai pelbagai jenis kampung.  Dengan membentuk pasukan seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim yang berlainan kampung.  Dalam pasukan perbezaan kampung bukan memjadi halangan untuk sesuatu pasukan untuk berjaya kerana tunggak kejayaan satu kumpulan adalah sikap bekerjasama dalam satu kumpulan.

Pertandingan ini mengambil masa selama dua hari, kerana perlawanan secara liga.  Dengan cara ini, setiap pasukan akan bertemu dengan semua pasukan berbanding berlawan secara kalah mati.  Selain untuk memeriahkan lagi pada kejohanan tersebut acar untuk orang tua iaitu menendang bola dari jauh dan bola tersebut mestilah masuk ke dalam gol dan pertandingan bola untuk kanak-kanak.  Johan telah dimenangi oleh Pasukan Jepun yang telah membawa pulang Piala Pusingan, Medal, Hamper dan wang tunai manakala naib johan pula dimenangi oleh pasukan Chile yang membawa pulang Medal dan wang tunai dan tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Portugal.  Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Belia Bitara Kg Langkap.  Program selesai pada pukul 6.00 petang dan semua peserta turut disediakan sedikit jamuan ringan.