PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT (KOSPEN) & SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 2016.

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 23 Disember 2016 (Jumaat) – Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) telah bekerjasama dengan Pihak J3K Kampung Langkap telah mengadakan satu program iaitu Program Bersama Masyarakat bertempat di Dewan Masjid Kampung Langkap.

Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta.  Selepas itu ceramah kesihatan dari unit kesihatan yang datang.  Beliau telah menyampaikan pesanan dan peringatan kepada penduduk kampung yang hadir pada program tersebut.  Selepas itu acara penyampaian signboard “Rumahku Bebas Asap Rokok “kepada penduduk kampung yang terpilih.  Di samping itu juga, acara cabutan bertuah kepada mereka yang hadir.

Selepas itu, pemeriksaan kesihatan secara percuma juga disediakan pada program tersebut.  Seramai 3 orang ahli sukarelawan dan merupakan Ahli Jawatankuasa PI1M dan Persatuan Bitara Kampung Langkap, turut membantu Unit Kesihatan membuat pemeriksaan kepada penduduk Kampung Langkap.  Antara pemeriksaan yang dibuat ialah timbang berat, ukur ketinggian, tekanan darah dan kandungan gula.

Selepas Program pemeriksaan, satu lagi Program diadakan oelh penduduk Kampung Langkap iaitu, Sambutan Hari Maulidur Rasul.  Dari segi istilah “Maulid Nabi “ialah, waktu lahirnya nabi.  Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti, Ihtifal Maulid nabi, Hafiah Maulid Nabi, Ihtifal Li Ziikri Maulid nabi (Perayaan memperingati Maulid Nabi), dan sebagainya yang mana kata dasarnya berkembang dari “Maulid” Iaitu waktu lahir.  Secara keseluruhan adalah Sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir Nabi.  Jikalau kita faham istilah ini tidak menjadi masalah iaitu, “Waktu lahirnya nabi serta sirah nabi.  Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman, manakala Cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam.

Penduduk Kampung Langkap mengalunkan Selawat beramai-ramai bagi penduduk kampung Wanita.  Selepas selesai selawat, penduduk kampung dijemput menjamu selera.  Bagi Lelaki pula selepas Solat Jumaat.  Sambutan Maulidur Rasul merupakan aktiviti tahunan bagi penduduk Kampung Langkap.